Wednesday, July 10, 2013

PANDUAN PBS 2013 : LANGKAH PERSEDIAAN SOALAN TEMU BUAL



PANDUAN ITEM UTK CREATING SOALAN TEMU BUAL..

CALON TIDAK PERLU RIGID DAN BERGANTUNG KPD AYAT PENUH UNTUK MENANYAKAN SOALAN SEMASA MEMBUAT TEMU BUAL BERSAMA PIHAK SYARIKAT/ORGANISASI.

LANGKAH 1 :DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN ORGANISASI

1.     MINTA PROFILE ORGANISASI UNTUK MENULIS BAHAGIAN LATAR BELAKANG
2.     PASTIKAN DALAM PROFILE ADA CARTA ORGANISASI UNTUK MENGENALPASTI BENTUK PENJABATAN YANG DIAMALKAN
3.     TANYA PENGURUS/PIHAK YANG DITEMUBUAL BERKAITAN PERKARA BERIKUT:
a.      BILA PENUBUHAN ORGANISASI-TARIKH/TAHUN-SEKIRANYA TIDAK DINYATAKAN DI DALAM PRODILE/ATAU TIADA PROFILE.
b.     APAKAH OBJEKTIF PENUBUHAN ORGANISASI-KALAU TIADA DLM PROFILE.
c.      APAKAH PRODUK UTAMA /PERKHIDMATAN UTAMA YANG DIBERIKAN OLEH ORGANISASI/SYARIKAT
d.     SIAPAKAH SASARAN BAGI PRODUK/PERKHIDMATAN YANG DIKELUARKAN MEREKA DAN SASARAN BOLEH DISOAL/DITANYA BERDASARKAN SEGMENTASI PASARAN SEPERTI :
                                                    i.     FAKTOR DEMOGRAFI YANG MELIPUTI UMUR, JANTINA, KAUM, PENDAPATAN DSB.
                                                  ii.     FAKTOR PSIKOGRAFI YANG MELIPUTI KELAS SOSIAL, SOSIOBUDAYA DSB
                                                iii.     FAKTOR GEOGRAFI YANG MELIPUTI KAWASAN TUMPUAN UNTUK PASARAN BARANG/PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
                                                iv.     FAKTOR GELAGAT –SIAPA YANG MEMERLUKAN PRODUK/PERKHIDMATAN SYKT/ORGANISASI TERSEBUT.
e.      AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI/SYKT SEPERTI:
                                                    i.     JUALAN
                                                  ii.     PERKHIDMATAN
                                                iii.     KEWANGAN
                                                iv.     SUMBER MANUSIA
                                                  v.     INVENTORI/PERGUDANGAN/STOK/BAHAN MENTAH
                                                vi.     PEMASARAN-PROMOSI
                                              vii.     PENTADBIRAN
                                            viii.     LAIN2 AKTIVITI YANG WUJUD
1.     PERKHIDMATAN SEWA HARTA/KEMUDAHAN MILIK SYKT
2.     SUMBANGAN2/DERMA
3.     HARI KELUARGA
4.     MEMBERI KEMUDAHAN KEWANGAN/PINJAMAN KPD PELANGGAN-KALAU ADA
5.     PAMERAN2
6.     HARI TERBUKA
7.     SUKAN
4.     BAGAIMANA AKTIVITI2 YANG DINYATAKAN DIKELASKAN MENGIKUT UNIT/JABATAN
a.      SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYUSUN/MENENTUKAN PENYUSUNAN SEMUA AKTIVITI
5.     MENANYAKAN ORGANISASI TENTANG KONSEP2 PENGORGANISASIAN YANG DIAMALKAN OLEH SYKT/ORGANISASI:

KONSEP PENGORGANISASIAN

1.     AUTORITI
·       Autoriti adalah kuasa formal dan hak mutlak pengurus untuk membuat sesuatu keputusan, memberi arahan, mengagihkan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
·       Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah autoriti yang dimiliki itu adalah berbeza berasaskan peringkat pengurusan di mana mereka berada.
·       Autoriti yang dimiliki oleh seseorang pengurus di dalam sesebuah organisasi didefinisikan di dalam huraian kerja (job description)
·       TANYA PENGURUS BAGAIMANA MEREKA MENDAPAT KUASA YANG ADA SEKARANG, DAN KUASA YANG BAGAIMANA DITURUNKAN KPD STAF. [PENGURUS/PEMIMPIN MENDAPAT KUASA SAH DARI SIAPA]
·       TANYA JUGA ASPEK KUASA GANJARAN YANG DIMILIKI OLEH PENGURUS/KETUA-SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN KEPADA PEKERJA UNTUK DIBERI GANJARAN, DAN SIAPA YANG BERHAK MENENTUKAN GANJARAN TERSEBUT.

2.     TANGGUNGJAWAB
·       Kewajipan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan
·       Wujud apabila seseorang pekerja menerima sesuatu kerja
·       Apabila pengurus mengarahkan pekerja melakukan kerja
·       BAGAIMANA PENGURUS MEMASTIKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB DILAKSANAKAN OLEH STAF/PEKERJA

3.     AKAUNTABILITI
·       Harapan dan jangkaan seseorang diberi penghargaan atau dipersalahkan atas hasil kerja yang dicapai.
·       Pekerja yang diberi autoriti adalah  bertanggungjawab ke atas sebarang hasil atau   kesan daripada tindakan berdasarkan autoriti tersebut.
·       AKAUNTABILITI MERUJUK KEPADA KEBERTANGGUNGJAWABAN, MAKSUDNYA SIAPA YANG AKAN MENGAMBIL TANGGUNGGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU SESUATU MASALAH DLAAM ORGANISASI, CONTOHNYA:
o   PEKERJA PONTENG-SIAPA YANG AKAN AMBIL TINDAKAN DAN AKAN DIPERSALAHKAN SEKIRANYA PEKERJA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN,

4.     PEMUSATAN DAN PEMENCARAN AUTORITI

PEMUSATAN AUTORITI

·       Autoriti ditumpukan kepada pihak pengurusan atasan.
·       Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat atasan dan hanya sedikit sahaja autoriti membuat keputusan diberi kepada peringkat bawahan.
·       Aktiviti antara unit dikoordinasikan bagi mewujudkan keseragaman.
·       Contoh: Proses pembuatan keputusan banyak dibuat oleh ibu pejabat dan amat sedikit di cawangan.
·       TANYA PENGURUS- ADAKAH SEGALA PERMASALAHAN ATAU SEGALA PERKARA BERKAITAN SYKT MESTI DIRUJUK KEPADA PENGURUSAN ATASAN SAHAJA UNTUK DISELESAIKAN/DIBUAT KEPUTUSAN.

Kelebihan Pemusatan Autoriti

1.     Pengurusan atasan bertindak sebagai satu pasukan
·       Semua perlu mengikut arahan
·       Tiada persaingan jabatan

2.     Ketua mengetahui segala yang berlaku
·       Segala persetujuan perlu diperolehi dari seorang
·       Tindakan dapat memenuhi kehendak ketua

3.     Pembuat keputusan mengkordinasi sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan.
·       Staf lain boleh bekerjasama
·       Bekerja dalam satu matlamat yang jelas.

4.     Memudahkan pembuat keputusan melakukan kawalan
·       Semua staf perlu melakukan tugas mengikut arahan
·       Pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai.

5.     Cepat membuat keputusan
·       Tidak melibatkan banyak pihak
·       Menjimatkan masa

PEMENCARAN AUTORITI

·       Autoriti diagihkan kepada semua pihak pengurusan.
·       Autoriti dan pembuatan keputusan diturunkan (didelegasikan) oleh pengurus atasan kepada pengurus bawahan.
·       Keputusan dapat dilakukan dengan cepat.
·       Pekerja lebih bermotivasi kerana terlibat dalam pembuatan keputusan.
·       Cth: Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di peringkat cawangan.
·       SEKIRANYA SEGALA PERMASALAHAN TIDAK SEMESTINYA DIRUJUK PADA ATASAN SAHAJA, TANYA PENGURUS : ADAKAH PERMASALAHAN BOLEH JUGA DIRUJUK KEPADA PEKERJA YANG TELAH DIBERI AUTORITI/KUASA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. [INI DIKENALI SEBAGAI KUASA RUJUKAN]



5.     RANTAIAN ARAHAN

·       Autoriti dan tanggungjawab yang digambarkan dalam garisan tidak terputus dari pihak pengurusan atasan sehingga pihak pengurus bawahan dan staf.
·       Garisan autoriti yang menghubungkan individu dalam organisasi dan menggambarkan secara khusus siapa melapor kepada siapa.
·       Rantaian arahan memudahkan hubungan autoriti iaitu tanggungjawab antara pihak pengurusan dengan orang-orang bawahan dalam keseluruhan organisasi dapat diketahui dengan jelas.
·       SOALAN KEPADA PENGURUS: BAGAIMANAKAH SEGALA ARAHAN DITURUNKAN DARI PIHAK ATASAN KEPADA BAWAHAN/PEKERJA, ADAKAH:
o   MESTI MELALUI PENGURUS YANG DILANTIK
o   TERUS DARI PENGURUS ATASAN/PEMIMPIN TERTINGGI KEPADA PIHAK BAWAHAN/PEKERJA.


Cikgu aZLy 

BAB 1 KEUSAHAWANAN

<cazly>
HASIL PEMBELAJARAN:
(a)        mentakrifkan usahawan dan keusahawanan;
(b)        membezakan antara usahawan, peniaga, dan pengurus;
(c)        menjelaskan peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro.

PANDUAN PELAJAR & GURU:

1.      Definisi Usahawan
·        Perkataan usahawan diambil daripada perkataan entreprende yang membawa maksud usahawan ialah individu yang berada antara pembekal dan pengguna
·        Peter Drucker berpendapat usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang.
·        Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu, pandai mencuba atau mencipta sesuatu yang baru.
·        Dengan itu usahawan mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovasi untuk menghasilkan yang baru.
·        Selain itu usahawan boleh mengubahsuai serta membuat pembaharuan (inovatif), mengatur serta mewujudkan pasaran, sanggup menghadapi risiko dan berusaha untuk menjayakan sesebuah perniagaan.


2.      Definisi keushawanan
·        Satu proses mewujudkan organisasi perniagaan. Satu bidang yang memperkenalkan sesuatu yang baru dari sumber yang ada seperti; buruh, bahan mentah dan menjadikan nilai sumber ini lebih tinggi daripada sebelumnya. Sanggup menanggung risiko dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut.
·        Keusahawanan ialah pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil.

·        Keusahawanan ialah mengikut Hisrich dan Peter ialah melihat keusahawanan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menggung bersamanya risiko kewangan , psikik, sosial dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan sendiri serta kebebasan.

3.   Definisi Peniaga
·        Peniaga menceburi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak menunujukkan kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan.
·        Penglibatan peniaga di dalam perniagaan  hanyalah menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya, tidak kreatif dan tidak inovatif.
·        Peniaga mementingkan keuntungan semata-mata, dengan melakukan aktiviti membeli dengan harga yang rendah dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang tinggi. Selain itu peniaga  tidak mengutamakan sumbangan dan khidmat kepada masyarakat dan Negara.

4.   Definisi Pengurus
·        Pengurus ialah orang yang bertanggungjawap menjalankan fungsi pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan ke atas fungsi yang dilakukan di dalam aktiviti perniagaan.
·        Fungsi pengurusan iaitu merancang mengorganisasi,  mengarah dan mengawal sesuatu organisasi bagi memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan dijalankan dengan betul supaya matlamat sesebuah organisasi tercapai.

·        Tidak semestinya seorang usahawan tetapi usahawan merupakan seorang pengurus

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN, PENIAGA DAN PENGURUS



Is

Usahawan
Peniaga
Pengurus
Motif atau tujuan
Mementingkan keuntungan di samping mengutamakan jasa bakti kepada masyarakat dan negara. Contoh: memberi derma, biasiswa, menaja anak yatim dan sebagainya
Mementingkan keuntungan semata-mata tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat atau negara
Bekerja dan mendapat imbuhan dalam bentuk gaji atau kenaikan pangkat
Aktiviti
Sentiasa berusaha untuk maju dengan mencipta sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan terhadap produknya
Hanya menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan terhadap produk atau perniagaanya
Menyelia para pekerja dan memastikan fungsi pengurusan berjalan dengan lancar
Risiko
Sanggup menanggung risiko seperti kewangan, kerugian dan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain
Tidak sanggup menanggung risiko dan berpuas hati dengan perniagaan yang sedia ada
Berhati-hati dengan risiko dan hanya menurut perintah pihak atasan sesebuah kerajaan

PERBEZAAN USAHAWAN DAN PENGURUS

Dimensi
Pengurus
Usahawan
Motif utama   
kenaikan pangkat dan lain lain ganjaran Seperti pejabat yang besar dan berasingan,Staf dan kuasa.
kebebasan kebolehan untuk
 mencipta dan menghasilkan
wang.
Aktiviti  
lebih kepada penyeliaan dan deligasi kerja Jika dibandingkan dengan pekerjaan secara  Langsung.
penglibatan sepenuhnya
dengan aktiviti yang dijalankan.
Risiko
berhati hati dengan risiko
pengambil risiko sederhana
Status  
menitikberatkan simbol status  
tidak menitikberatkan simbol
Kegagalan  dan Kesilapan
cuba mengelak kesilapan dan kejutan
berhadapan dengan kesilapan
 dan kegagalan
Keputusan
bersetuju dengan keputusan  pihak pengurusan atasan organisasi.
mengikut hati sendiri
Khidmat
Berkhidmat kepada orang lain
Bertangungjawab terhadap diri
sendiri dan pelanggan
Sejarah keluarga
Selalunya ahli keluarga bekerja dengan organisasi besar.
Ahli keluarga mempunyai latar
belakang yang terdiri daripada
peniagaan kecil, professional
dan latar belakang petani.
Perhubungan dengan orang lain.
Wujudnya hierarki yang menentukan asas perhubungan.
Pertukaran dan urusan dengan
 orang lain sebagai asas
perhubungan

PERBEZAAN USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan
Peniaga
·        Mementingkan keuntungan di samping mengutamakan sumbangan, jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara
atau
·        Sentiasa berusaha untuk maju di alam perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan
atau
·        Membeli, mencipta, memproses dan menambah nilai pada barang sebelum dijual
atau
·        berani menanggung risiko
·        Mementingkan keuntungan sahaja dan tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat dan negara
atau
·        Menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya
atau
·        Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi
atau
·        tidak berani menanggung risiko dan berpuas hati dengan perniagaan sedia ada

Peranan usahawan

Usahawan dalam perniagaannya sendiri (Mikro)

Isi

Huraian
Memaksimumkan keuntungan
Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti peluang atau cara-cara bagi memaksimumkan keuntungan perniagaannya
Meningkatkan produktiviti
Usahawan sentiasa mencari atau mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran produknya
Melatih pekerja
Usahawan melatih para pekerjanya dengan menghantar pekerjanya menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan kerja
Menjana idea perniagaan
Usahawan sentiasa mencari dan menjana idea perniagaan bagi meningkatkan keuntungan
Meminimumkan kos
Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti cara-cara meminimumkan kos dan seterusnya akan meningkatkan untung

Peranan usahawan kepada masyarakat (Makro)


Huraian
Menyediakan peluang pekerjaan
Usahawan membuka perniagaan dan ini memerlukan pekerja bagi mengisi jawatan seperti pengurus, kerani, operator dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada  masyarakat tempatan untuk bekerja dan juga mewujudkan pekerjaan di rumah
Penggunaan sumber tempatan
Usahawan memulakan dan membeli bahan- bahan mentah di persekitaran ia beroperasi bagi pengeluaran produk-produk. Contoh: kilang tayar menggunakan getah di sekitar. Ini akan meningkatkan pendapatan penduduk
Menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat
Usahawan yang telah berjaya akan menjadi sumber inspirasi atau model kepada masyarakat dan akan melahirkan usahawan baru. Usahawan juga akan memberi pendidikan kepada usahawan baru
Membangunkan industri sokongan
Kewujudan sesuatu perniagaan akan membangunkan industri di sekitar atau tempat ia beroperasi. Contoh: perniagaan ditubuhkan maka wujud perniagaan lain di sekitarnya. Contoh: bank, pasaraya kedai makan dan sebagainya
Memberi sumbangan atau tanggungjawab sosial
Usahawan memberikan sumbangan daripada pendapatan mereka kapada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial seperti; derma kebajikan, pembinaan prasarana, biasiswa, membantu anak kurang upaya dan sebagainya.
Menghasilkan pelbagai produk atau barangan dan perkhidmatan
Usahawan akan menghasilkan pelbagai produk dan penglinatan keperluan masyarakat seperti; barangan pengguna, makanan, dan sebagainya. Ini memberi pengguna untuk membuat pilihan yang baik dan memenuhi citarasa
Meningkatkan taraf hidup
Usahawan menyediakan peluang pekerjaan dan menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keselesanaan masyarakat. Ini meningkatkan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan kemudahan infrastktur
Kewujudan perniagaan akan meningkatkan kemudahan infrastuktur terutamanya tempat ia beroperasi dan seterusnya ia juga akan turut dinikmati oleh masyarakat sekitarnya. Contoh: lebuh raya, bekalan elektrik, kemudahan pengangkutan LRT dan sebagainya.

Peranan usahawan dalam membantu mengembangkan ekonomi negara:

  1. Mewujudkan peluang pekerjaan.
·        Usahawan membuka perniagaan memerlukan tenaga pekerja / kurang penggangguran / meningkatkan pendapatan / kuasa beli

  1. Membangunkan industri sokongan / perniagaan lain
·        Usahawan memerlukan industri kecil untuk membekalkan bahan mentah / pengangkutan/  makanan / perumahan / dll bagi memastikan perniagaan usahawan beroperasi dengan lancar.

  1. Menggunakan sumber / bahan tempatan
·        Usahawan menggunakan sumber tempatan secara optimum / mengelakkan pembaziran.

  1. Meningkatkan inovasi
·        Pengubahsuaian produk/keluaran , / penemuan kaedah baharu  dalam proses pengeluaran

  1. Mengelakkan inflasi
·        Mengelakkan kenaikan harga barang / mengelakkan kebergantungan terhadap barang import.

  1. Meningkatkan pendapatan negara
·        Melalui kutipan cukai perniagaan / syarikat